Thursday, July 28, 2011

Sejak surat tawaran kerja tu sampai bulan march lalu. Hati ni tak pernah diam dari terpikir pasal tu. Macam2 perkara datang. Macam2 perkara nak kena buat. Tapi sebelum boleh bergerak nak buat persiapan berhijrah ke Jeddah tu, pertama sekali selepas terima surat tawaran dari King Abdulaziz University sampai, kena tunggu satu surat pulak dari Kerajaan Arab Saudi berkenaan dengan visa.

Tunggu punya tunggu... lepas 2 bulan baru surat tu sampai. Mulanya dah rasa nak panik. Betul ke depa ni nak offer aku kerja? Lama sangat diam.

Akhirnya surat visa sampai...

Aku kena pergi ke Saudi Cultural Mission, nak ambik surat tu and dengar briefing dari orang sana apa pulak yang aku kena buat, next.
Ya Allah... rupanya lepas dapat surat tu... ada 1000 lagi benda nak kena buat sebelum dapat ke Jeddah... aku jadi panik balik. hahaha...


Tapi nasib baik minah sekretari di Cultural Mission tu baik. Budak melayu yang teramat fasih berbahasa Arab. Bila ditanya dari mana dia belajar cakap Arab, dia kata...tak ada apa-apa....cuma saya dibesarkan di Mekah dan lepas tu saya sambung belajar di Al Azhar, Mesir. Tu jer...


TU JER???.... rendah diri betul budak perempuan ni.


Anyways, lepas ambil surat visa dari Saudi Cultural Mission tu, perkara pertama kena buat ialah buat satu checklist sijil-sjil, dokumen-dokumen, dan segala macam surat. Banyak beb... aku hampir-hampir lost. Ada yang nak kena translate dari melayu ke english. Ada yang kena sahkan dari kementerian pengajian tinggi tempatan awam dan swasta.

Ha... tunggu sat, nak cerita pasal kementerian pengajian tinggi. Pengalaman aku yang tak berapa manis bermula secara kebetulan. Nasib aku kot. Time aku nak berurusan dengan depa masa depa sedang kelam kabut nak pindah.

Dengan berpandukan GPS yang mahal tapi tak berapa nak canggih mana ni, aku sampai ke presint...ntah...lupa... banyak sangat...tapi itu memang tempat kementerian pengajian tinggi lah.
Aku sampai pukul 12.30tengahari. Lunch time. So aku kena tunggu kat situ sampai pukul 2pm.
Bila dah pukul 2pm, barulah makcik receptionist tu bagitau yang office depa dah pindah ke tempat lain!

Yang lebih best lagi dia kata "Baru semalam dia orang pindah"... aku dah rasa panas sikit dalam baju. Makcik tu kata lagi..."Tapi dik...cuba dik naik ke tingkat dua...kot2 ada orang lagi kat atas sana"...

aku pun naiklah...memang tak ada sapa...cuma office kosong. buat penat tunggu lif.

So aku pun keluar menuju ke office baru kementerian pengajian tinggi di precint 5, kalau tak silap aku.

Setiba di sana... ada 10 kaunter pertanyaan....tapi yang buka cuma satu!!! Fine.... aku ok lagi.

Aku tiba dikaunter...bertanya kat mana aku boleh sahkan sijil IPTA aku. Dia kata "bukan kat sini cik... cik kena gi precint 2". Semua sijil IPTA kena sah kat sana.

La.... tadi makcik tu cakap lain. Baju aku dah makin panas...

Sebelum aku pergi ke precint 2, aku sempat bertanya kat mana nak sahkan sijil IPTS pulak? dia kata "Kat sana dua2 boleh"...


So aku pun pergi la ke precint 2.... again... aku seperti di permainkan oleh mereka mereka yang tidak kasihankan aku yang telah kehabisan minyak...dan waktu.
Setiba di precint 2, aku cuba cari office IPTA seperti yang dikatakan...berputar aku cari... aku tak jumpa. Aku mintak tolong pak guard dan mak guard yang ada di situ, dia orang sama bangang macam aku.

Aku dah mula naik darah.... aku kena patah balik ke precint 5 and confront mamat yang bagi info salah tadi. Oh...korang tentu tertanya kenapa aku tak call jer mamat kat precint 5 tu?
Well...aku dah call banyak kali....to my great dissapointment - tak ada orang angkat. Only later I was being told that they hadn't got the line properly installed yet.

Setiba aku kat sana... aku cuba senyum kat mamat tu tapi aku tak boleh. Muka aku semacam tak nak bagi kerjasama dengan aku dalam memberi senyuman palsu disaat aku perlukannya.
Aku memang nak marah masa tu....


Aku kata "Dik, you kata precint 2 tadi kan.... tak ada orang kat sana. Semua orang kata office tu dah pindah ke sini, precint 5"

Dia replied "eh, ada la encik. Nanti saya call"

Budak tu pun call someone while I was there standing in front of the counter.

After a while, dia senyum. "Ada encik orang kat sana. Saya baru jer call"

Aku cakap "mana ada...saya dah round banyak kali tapi tak jumpa"

Budak tu cakap "dia kat aras satu"

Aku cakap "Aras satu la saya gi, bila pintu lif terbuka...semua gelap. "

Budak tu pun kata "Aras satu kat bawah, encik"

Aku pun apa lagi.... "THE WHOLE WORLD KATA ARAS SATU IS FIRST FLOOR. GROUND FLOOR IS ARAS TANAH, NOT ARAS SATU...!!! "

Dia diam. Aku rasa kalau aku boleh jadi naga tasik Chini aku dah transformed dah kat situ.

Dia gi panggil ground floor tu aras satu. First floor aras dua.

Salah sapa? Salah bahasa melayu atau salah bahasa inggeris???


...nanti aku sambung lagi.








No comments:

Post a Comment