Monday, August 15, 2011

Solat berjemaah it bagus tapi...



Tajuk tulisan saya hari ni is a bit catchy. Bukan apa, saja nak trigger you all punyer mind apa yang ada dalam kepala saya ni boleh cepat you all tangkap and ingat.
Dan ia menjadi matlamat saya kalau you all boleh ingat dan amalkan apa yang saya nak kongsikan ni...


Bulan posa ni ramai orang solat kat masjid atau surau. Muka yang tak pernah kita tengok selama 11 bulan lepas pun mula kita nampak. Baguslah tu... dapat juga aku kenal orang kat condo ni.
Itu cerita kat surau condo ni. Kalau gi ke masjid, makin ramai muka baru yang datang sekitar taman desa ni. Alhamdulillah.... no words can express.

Tapi, yang sedihnya, mereka yang datang nak solat terawih mahupun solat fardhu ke tempat awam macam masjid atau surau ni perlulah terlebih dahulu buat sedikit preparation.

Preparation apa yang dimaksudkan? Pertama, ilmu.

Bila kita bergelar muslim, yang paling utama tugas kita adalah tingkatkan ilmu pengetahuan tentang agama. Apa saja lah tentang agama... kita kena tahu, termasuklah adab bersolat berjemaah dengan muslimin atau muslimat lain.

Ok...mulanya aku seronok tengok ramai muka baru yang datang ke masjid. Ada yang tua, ada yang muda. Ada yang gemuk dan kurus... aku? tengok sendiri lah... malas nak cakap.

Tapi itu bukan matlamat utama kena blog ni ditulis.
Aku nak berkongsi nasihat, atau lebih sinis, aku nak tegur sikit kawan-kawan kita yang datang solat berjemaah ni.

Bila kita solat berjemaah, pertama kita kena berada dalam keadaan sihat dan segar.

Aku dah chop beberapa orang jemaah yang datang masjid. Mereka ni aku tak akan bersolat bersebelahan dengan mereka lagi. Kenapa you all tanya??...

Jawapannya sebab mereka :

1. Berpenyakit was-was.

Mula-mula nak solat, angkat takbir dua tiga kali. Lepas tu baca dengan kuat. Kita yang dah pertengahan al fatihah terhenti sebab dia. Kena ulang balik. Dia dok "Allah...Allah...Allah" tak settle-settle gak takbir.

Tapi yang pelik, bila imam conclude jer bacaan surah and ready nak rukuk, takbiratuhihram dia pun settle...

Bila bab takbir settle, tunggu pulak bab baca tahiyyat awal dan akhir.
Kita kat sebelah dia teramatlah rasa azab sebab bacaaan kita pun terikut-ikut dengan dia.

2. Jenis banyak angin.

Hak ni pulak, kuat sendawa macam ular sawa (ular sawa sendawa ke???) Whatever, my intention is to equal these people with something ugly.

Kita rasa kadang-kadang boleh terbau lauk asam pedas yang dia makan masa berbuka tadi.
Gross...!

Aku kalau dapat orang sebelah macam ni, aku mark muka dia. Sampai bila-bila aku tak akan berjemaah sebelah dia.

Ada la sorang mamat ni yg kuat sendawa. Everytime kalau nak solat, bila aku tengok dia ada jer, aku akan jadi orang yang paling last sekali masuk saf sebab aku nak tengok dia dok kata mana and aku tak akan solat tepi dia.

3. Jenis yang suka bergerak-gerak.

Hak ni pulak jenis yang tak boleh duduk diam. Ada jer benda atas muka dia yang dia nak pegang. Tercuit sana, tercuit sini, tergaru-garu...

Dah lah tu, siku dia selalu dok terkena lengan kita. Kadang-kadang naik rimas sebab dia bergerak macam dia tu allergic to something.

Tapi yang peliknya, bila dah habis solat tak pulak dia nak pegang-pegang muka dia tadi.

4. Jenis mulut berbau

Ok, exception goes to those who fast.

Ini cerita lepas berbuka, atau juga waktu lain yang bukan waktu puasa.

Orang macam ni. Masya Allah... azab sungguh bila solat tepi dia.



Setiap kali dia buka mulut nak baca surah, setiap kali tekak kita kembang sebab tak tahan aroma yang keluar dari mulut dia.

Mostly, based on my observation, mereka yang ada masalah tonsil and resdung.

Ok you sakit, fine. I don't mind that, but your hygiene level tu yang I nak question sekarang.
Kita dah sedia maklum, gosok gigi atau bersugi itu adalah amalan sunnah yang amat dituntut.

Rasulullah (saw) bersabda yang bermaksud Baginda hampir-hampir jadikan bersugi sebelum solat itu satu kewajiban.

See!... itulah gunanya kita berilmu. Bila kita tahu ia sunnah, kita buatlah. And hasilnya, nafas kita tak berbau dan tidak mengganggu jemaah lain.

Orang macam ni pun aku mark muka depa. Sekali kena sudah cukup untuk aku ingat sampai bila-bila. Aku tak akan solat tepi hang lagi!

5. Pakaian berbau

Yang ini pun satu.

Ada dua jenis bau yang selalu aku terhidu tanpa kerelaan hati.

Pertama - baju masam sebab tak kering betul lepas basuh.

Well, yang ini aku boleh accept lagi lah. Tapi ada limit. Pernah sekali tu baju jubah jemaah ni berbau masam ya amat sampai aku rasa pening lepas habis solat.

Kedua - bau peluh.

Ha... yang ini aku tak leh terima.
Ini semua berbalik kepada tahap kebersihan diri individu.

Again, itulah gunanya kita beramal dengan ilmu. Islam menuntut kita mandi, jaga makanan, jangan dok makan banyak sangat makanan berbau seperti petai, jering, durian, belacan etc, pakai bau-bauan itu adalah sunnah, etc etc etc...banyak lagi.

Tak kan satu pun tak leh nak ikut?
Tak kan lah satu pun tak tahu?

hmmm.... apa hukum orang yang ada ilmu pengetahuan tapi tak beramal? Tak payah tunggu bab judi atau zina. Kalau pakai baju busuk macam tu pun kita akan disoal nanti di akhirat kerana bersikap sambil lewa. Kita tahu nak solat kena pakai baju bersih. Jawab lah sendiri nanti di akhirat... Aku akan jadi saksi.

So... you semua pernah 'berjiran' dengan jemaah seperti di atas kan?
Apa perasan anda?

....Saya faham.





No comments:

Post a Comment